US Dolar Tidak Dapat Mengekalkan Pengukuhan Yang Dikecapi? Ini Sentimen Pasaran Terkini!

1,029

Matawang US dolar mencatat penyusutan yang banyak selepas melonjak naik susulan langkah mengejut yang diumumkan oleh the Fed iaitu pakej rangsangan bagi membendung impak pandemik Covid-19.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan menyusut sebanyak 1.25% pada kepada paras 101.935 setakat jam 10.20 p.m. Penyusutan ini merupakan penyusutan paling tinggi sejak 2016 dan secara tidak langsung menamatkan pengukuhan yang dicatat selama 10 hari.

Matawang Australia mengukuh berbanding US dolar sebanyak 1.54% kepada paras bacaan 0.5920. Manakala matawang melonjak tinggi sebanyak 1.70% berbanding US dolar kepada paras bacaan 1.1743 setakat jam 10.20 p.m.

Menurut ketua penyelidikan makroekonomi, Nathan Sheets, pasaran akan mula merasai aliran tunai yang melimpah seperti yang diumumkan oleh the Fed. The Fed telah berjanji akan memainkan peranan yang penting dalam pinjaman atarabangsa sebagai langkah terakhir.

Semalam the Fed telah mengatakan bahawa mereka akan membeli bon kerajaan tanpa had bagi memastikan kos pinjaman rendah dan mengembangkan kemudahan kecairan dana.

Setakat ini angka kematian akibat Covid-19 telah melebihi 16,500 orang. Para pelabur memberi tumpuan pada rangsangan A.S yang belum diluluskan oleh Kongres.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat