Dolar US masih lemah berbanding matawang utama dunia yang lain semasa pembukaan sesi Eropah. Seperti yang kita tahu ini disebabkan perbezaan undi yang semakin kecil diantara kedua-dua calon presiden.
Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback ini jatuh sebanyak 0.24% kepada 97.52 yang juga paras terendah sejak 13 Oktober.
Undian semalam menambahkan lagi ketaktentuan dalam pasaran menjelang undian minggu depan.
Ramai pelabur yang menjangkakan calon dari Demokrat, Hillary Clinton akan memenangi undian presiden kali ini. Pun begitu, pengumuman FBI tentang pembukaan semula kes e-mel Clinton sabtu lepas telah banyak mengubah sentimen semasa dan mengurangkan kebarangkalian untuk Clinton memenangi undian.
Yen yang memegang status safe haven menjadi pilihan kepada pelabur yang menolak nilai USD/JPY ke bawah sebanyak 0.55% ke paras 103.57.
Swiss Franc yang turut sama berstatus safe haven juga mendapat permintaan tinggi dalam situasi seperti ini telah menolak nilai USD/CHF ke bawah sebanyak 0.44% ke paras 0.9711.
Manakala Mexico Peso pula melemah sebanyak 0.4% berbanding USD kepada 19.28
Matawang Euro juga turut menguat berbanding USD yang dapat dilihat pada EUR/USD yang naik 0.34% ke paras 1.1093.
Sementara itu, pelabur sedang menunggu polisi terbaru dari The Fed pada pagi Khamis ini. Namun, dijangkakan tiada perubahan kepada polisi.
Menurut agensi berita Investing.com, pelabur menjangkakan kebarangkalian 64.3% kenaikan kadar akan berlaku pada mesyuarat Disember.
Tetapi penganalisis telah memberi amaran, The Fed akan mengekalkan kadar jika kesan daripada pilihanraya menyebabkan volatility (naik-turun) yang besar dalam pasaran.
Pemerhati pasaran juga mengikuti rapat data U.S. nonfarm payrolls (gunatenaga US) yang akan dikeluarkan pada Jumaat ini. Data ini penting bagi melihat sebarang petunjuk kepada kenaikan kadar tahun ini.