US Dollar Mula Menjauhi Rekod Tertinggi yang Pernah dicapai Minggu Ini!

71

Dollar melangkah lebih jauh daripada paras tertinggi dalam tempoh 14 tahun berbanding sekumpulan matawang utama pada hari Khamis berikutan kejatuhan mendadak matawang US Dollar berbanding Yuan, China.

Yuan meningkat dengan mendadak selama dua hari berturut-turut sekali gus mencatat rekod tertinggi dalam tempoh 2 bulan.

Apa yang lebih mengejutkan, kejatuhan Yuan memberi kesan ke atas US Dollar berbanding matawang utama seperti Yen dan Euro.

USD/JPY, 30 minit

US Dollar Index yang mengukur kekuatan 6 matawang utama menyusut kepada 101.86 iaitu nilai terendah dalam tempoh tiga minggu.

Dalam masa yang sama, Euro meningkat sebanyak 0.7 peratus, sekali gus melanjutkan pemulihan matawang berkenaan.

EUR/USD, 30 minit

Yuan China meningkat lebih 1 peratus selepas regulator di China mula campur tangan dalam sesi dagangan offshore bagi melindungi matawang Yuan.

Dalam satu laporan berasingan, satu tinjauan peribadi di sektor perkhidmatan China menunjukkan pertumbuhan dalam industry meningkat kepada paras tertinggi dalam tempoh 17 bulan.

Dalam sesi ini juga, Aussie meningkat kepada $0.7321.

AUD/USD, 30 minit

 

PROMO!!
Dapatkan Segera Pakej MoshedFX Ultimate Trader Mastery – Klik Sini
Gunakan Kupon : NFP150
Jimat extra RM150 + Diskaun 40% = Total Jimat RM700 dari harga asal
Promo tamat 6 Jan 2017 tepat jam 11:59PM. Cepat!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat