US30 Berdepan Detik Mencemaskan!

494

Ketenangan dalam pasaran saham global kembali tergugat susulan timbulnya isu Credit Suisse yang telah menghuru-harakan sesi Eropah dan New York semalam (Rabu).

Ekuiti Amerika Syarikat mengalami kerugian besar pada awal sesi, dengan Dow Jones Industrial jatuh 725 mata dan S&P 500 kehilangan semua keuntungan yang diraih pada tahun ini.

Indeks US30 pula junam ke paras terendah sejak Oktober 2022 pada 31,385.

Apa sebenarnya yang berlaku?

Pelabur terbesar Credit Suisse, Bank Negara Saudi mengumumkan ia tidak dapat menyediakan sokongan dana selanjutnya untuk bank gergasi pelaburan Switzerland itu.

Ini susulan pendedahan Credit Suisse tentang kelemahan material tertentu dalam kawalan dalam mereka untuk laporan kewangan dari 2021 hingga 2022.

Berita ini menyebabkan saham Credit Suisse yang tersenarai di AS jatuh hampir 14%.

Pun begitu, menuju penghujung sesi dagangan, saham AS mendapat semua kedudukan selepas kerajaan Switzerland dilaporkan mengadakan perbincangan untuk menstabilkan Credit Suisse.

Walaupun keadaan dilihat semakin reda, tetapi kebimbangan masih membelenggu pasaran yang bimbang lebih banyak sektor perbankan global akan terjejas.

Ekoran itu, tiga indeks utama AS ditutup bercampur-campur di mana Dow Jones Industrial susut 0.87% pada 31,874.58, manakala S&P 500 pula turun 0.70% pada 3,891.92 dan Nasdaq positif pada 11,2251.32 dengan kenaikan 0.42%.

Indeks US30 pula sedikit berubah pada sesi Asia, sekitar 31,925.

Berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai pasaran mata wang? Jom sertai komuniti kami. Klik di sini untuk join.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat