Usah Bimbang, Malaysia Bakal Terbang Tinggi Memasuki 2023

329

‘Mungkin tidak teruk sangat tahun depan ni, masih ada sinar mentari.’

Tidak semuanya kelam untuk 2023 dengan Kenanga Research meletakkan unjuran positif terhadap industri penerbangan Malaysia.

Dalam notanya yang dikemas kini, Kenanga Research meramalkan jumlah ketibaan pelancong ke dalam negara akan berganda sebanyak 9.6 juta pada 2023 berbanding 2.5 juta sebelum ini.

Tentunya faktor pembukaan semula sempadan antarabangsa menjadi tajuk utama dalam nota itu dengan kembalinya perjalanan udara jenis perniagaan dan komersial di seluruh dunia.

Faktor pembatalan kuarantin semasa ketibaan dan keperluan ujian di Malaysia serta pembukaan semula China dijangka akan menyumbang kira-kira 12% daripada jumlah pelancong yang memasuki negara tahun depan.

Firma juga dilihat memetik Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan Capital Bhd sebagai antara peneraju utama industri penerbangan tempatan.

Ulasnya bahawa daya pengeluaran penumpang seluruh sistem MAHB dijangka meningkat 29% kepada 101 juta untuk 2023 dan mencanak 15% pada 116 juta bagi 2024.

Bagi Capital A pula, firma mengunjurkan kilometer penumpang (RPK) hasil seluruh sistem syarikat akan berkembang 52% pada 35 bilion semasa 2023 namun masih di bawah prestasi pra-pandemik 63 bilion pada 2019.

Ekoran itu, Kenanga Research tampak mengekalkan penarafan ‘neutral’ terhadap industri penerbangan tempatan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat