USD Bergaya Catat Penguasaan, Dorong EUR/USD Jatuh 400 Pips!

317

Mengagumkan!

Matawang USD terus berjaya mengukuhkan penguasaan pada November di kala menuju penutup dagangan bulan ini setelah memperoleh permintaan susulan sentimen pasaran yang kembali berisiko.

Beberapa sentimen antaranya adalah peningkatan semula wabak Covid-19 di beberapa negara serta gesaan dari segelintir ahli Federal Reserve (Fed) agar mempercepatkan pelaksanaan langkah tapering turut menjadi sokongan terhadap pengukuhan raja mata wang itu.

Terlebih dahulu akan menjadi fokus utama pasaran adalah terbitan data PMI pembuatan dan perkhidmatan Jerman yang akan diterbitkan di sesi Eropah kelak selepas dikhabarkan terdapat kemungkinan bahawa Jerman akan melaksanakan lockdown.

Harga pada carta pasangan matawang EUR/USD tampaknya masih lagi meneruskan penurunan untuk hampir menguji zon sokongan 1.12000 dan sekali gus juga telah mencipta paras terendah terbaharu.

Pergerakan harga dilihat memulakan langkah kerancakan pada sesi Eropah sehingga penghujung sesi untuk menghasilkan kejatuhan sepanjang November sekitar 400 pips daripada paras tertinggi bulanan.

Trend penurunan itu juga seperti memberi bayangan untuk harga mengekalkan kejatuhan setelah ia masih terus bergerak di bawah paras rintangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Di atas faktor-faktor teknikal berkenaan, zon sokongan 1.12000 berkebarangkalian akan menjadi sasaran yang berikutnya untuk diuji sekiranya pergerakan harga berupaya kekal utuh dalam membuat penurunan.

Menguatkan lagi jangkaan pelabur adalah jangkaan harga pada carta EUR/USD mampu menembusi zon sokongan itu untuk terus menjunam yang dijangkakan bakal menuju pula ke paras sekitar 1.11000.

Manakala sebaliknya zon SBR (support become resistance) 1.13000 berkemungkinan akan dijadikan sebagai paras rintangan terdekat yang bakal diuji jika pergerakan harga berdaya untuk papar lonjakan semula.

Lonjakan yang lebih agresif pula akan memperlihatkan harga menguji zon SBR seterusnya 1.14000 dan secara tidak langsung bakal memberi petunjuk awal kepada pelabur untuk perubahan trend berlaku.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat