USD Buat Hal, Tiba-tiba Mencanak Pada Awal Sesi Eropah

984

Dolar Amerika meningkat tinggi pada awal perdagangan sesi Eropah, ketika pelabur memulakan dagangan minggu ini dalam keadaan berwaspada berikutan kekacauan dalam pasaran saham.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan matawang utama diperdagangkan menguat pada 90.75 selepas melonjak lebih tinggi ketika pasaran memasuki sesi Eropah.

US dolar telah mendapat sokongan daripada para pelabur yang berhati-hati terhadap pelabur runcit yang mungkin meneruskan serangan terhadap syarikat hedge fund, dan mencetuskan lebih banyak volatiliti dalam pasaran.

Peningkatan dolar greenback telah mendorong dagangan matawang euro goyah dan kembali didagangkan di sekitar bawah paras harga 1.21000.

Sementara dolar Aussie pula sedikit susut ketika tumpuan pasaran kini terarah kepada mesyuarat polisi Reserve Bank of Australia (RBA) pada hari Selasa yang dijangka akan kekal dengan kadar faedah tidak berubah pada 0.10%.

Matawang pound pula dilihat cuba memecah tahap ketinggian terbaru sekali lagi dengan didagangkan kukuh di sekitar paras harga 1.37300 berbanding US dolar, didorong pelancaran vaksin yang meluas akan meningkatkan prospek pertumbuhan ekonomi UK.

Di sisi lain, dolar Kanada diniagakan sedikit berubah ketika harga minyak mentah terus mencatatkan peningkatan selepas jatuh rendah pada permulaan dagangan hari ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat