USD/CAD Bakal Bergelora Menjelang Laporan Data Pekerjaan Kanada & NFP AS

359

Penurunan harga disaksikan semula oleh pelabur pada carta pasangan mata wang USD/CAD pada dagangan Khamis semalam selepas lonjakan mengejut yang dipaparkan pada Selasa lalu.

Minggu ini, kenaikan harga dilihat telah mencapai paras ketinggian sekitar 1.30800 di mana paras tersebut juga menjadi zon rintangan yang diuji pada dagangan pertengahan Jun lalu.

Selepas pergerakan mendatar dipamerkan harga pada Rabu lalu, harga menunjukkan corak penurunan semula pada Khamis semalam ekoran US dolar yang gagal mengekalkan rentak pengukuhannya menjelang laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang akan diterbitkan di sesi New York sebentar lagi.

Namun setelah penurunan harga mencecah ke paras sekitar 1.29550, pelabur menyaksikan kenaikan semula harga pada sesi Asia pagi ini sehingga melepasi paras 1.30000.

Penganalisis melihat faktor yang mendorong kenaikan harga adalah sentimen pasaran minyak mentah yang masih berisiko dan memberi kesan penyusutan nilai dolar Kanada.

Tekanan terhadap dagangan mata wang dolar Kanada juga meningkat menjelang laporan data pekerjaan Kanada yang akan diterbitkan bersama data NFP sebentar lagi dengan jangkaan angka pertambahan pekerjaan yang menurun pada bulan Jun.

Kenaikan harga sekitar 60 pips sejak sesi Asia dilihat menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam namun belum melepasinya dan perlahan semula di zon 1.30000 bersambung di awal sesi Eropah.

Jika kenaikan berjaya diteruskan lagi, masih lagi zon rintangan pada 1.30800 bakal menjadi tumpuan untuk diuji.

Melepasi zon rintangan tersebut akan mendorong harga mencatatkan paras ketinggian terbaru 2 tahun dengan sasaran untuk mencapai paras 1.32000.

Namun, jika harga kembali menyambung corak penurunan semalam, harga bakal susut dari zon 1.3000 dan berkemungkinan boleh melepasi paras 1.29550 sebelum harga menuju ke zon tumpuan sekitar 1.29000.

Dan untuk penurunan lanjut harga yang diteruskan, paras sokongan harga yang bakal diuji dilihat berada pada zon 1.28400-1.28200.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat