USD/CAD Bakal Pamer Pergerakan Drastik Harga Sebentar Lagi?

804

Harga minyak mentah diniagakan meningkat setelah Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutu yang diketuai Rusia dikenali sebagai OPEC+ telah bercadang untuk laksanakan tindakan pengurangan bekalan sehingga 600,000 tong sehari.

Tindakan tersebut adalah susulan untuk mengimbangi harga minyak yang mengalami kejatuhan akibat ancaman wabak Coronavirus yang menjejaskan permintaan dari China.

Namun begitu, matawang dolar Kanada tidak menunjukkan reaksi yang ketara walaupun minyak mentah merupakan eksport terbesar Kanada.

Ini adalah disebabkan pelabur turut berwaspada menantikan keputusan laporan data pekerjaan Kanada pada malam ini yang akan diterbitkan bersama data NFP Amerika Syarikat.

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan matawang USD/CAD, harga menguji paras resistance pada ketinggian 1.33000 sepanjang minggu ini namun masih gagal melepasi ke paras lebih tinggi.

Paras resistance tersebut dicapai pada Isnin lalu yang merupakan paras tertinggi sejak dagangan Disember 2019.

Harga mendatar di garisan Moving Average 50 (MA50) untuk isyarat arah pergerakan harga yang lebih jelas.

Jika harga berjaya melonjak melepasi resistance 1.33000, harga bakal mencatatkan paras ketinggian terbaru berkemungkinan menuju paras 1.33800.

Paras ketinggian tersebut terakhir kali diuji pada Ogos 2019 dan juga dilihat sebagai zon SBR (support become resistance) pada carta USD/CAD bagi skala pergerakan yang lebih besar.

Sebaliknya jika harga membuat penurunan semula, paras-paras tumpuan seperti support 1.32700 dan zon RBS (resistance become support) 1.32400 antara destinasi penurunan yang terdekat.

Penurunan lebih rendah bakal menuju semula zon RBS 1.32000 atau pada 1.31600.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat