USD/CAD Bakal Teruskan Lonjakan Ke Paras 1.3000?

346

Selain faktor sentimen berisiko, dolar Kanada didagangkan susut di awal minggu ini dipengaruhi oleh pasaran minyak mentah yang merosot di mana emas hitam menjadi sumber eksport utama Kanada.

Faktor yang mendorong kejatuhan harga minyak adalah disebabkan oleh kemunculan varian baru Coronavirus yang bakal membantutkan pemulihan ekonomi di negara-negara utama.

Hal ini dilihat bakal memberi kesan terhadap permintaan minyak yang akan merosot oleh sebab ekonomi negara utama yang masih belum pulih sepenuhnya sekaligus mengehadkan penggunaan minyak mentah.

Justeru, pelabur telah menyaksikan harga pada carta pasangan mata wang USD/CAD melonjak sehingga 170 pips pada Isnin.

Faktor pengukuhan US dolar juga turut menyokong lonjakan harga sehingga ke paras 1.29500 pada sebelum penyusutan semula US dolar pada sesi New York melihatkan harga membuat penurunan semula ke zon RBS (resistance become support) 1.28300.

Dagangan pada Selasa semalam turut melihatkan harga membuat kenaikan semula melepasi paras 1.29000 sebelum harga yang bersambung pada sesi Asia hari ini kembali bergerak di bawah paras tersebut.

Pergerakan harga di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam akan kekal memberikan isyarat trend bullish pada carta USD/CAD.

Kenaikan harga yang diteruskan akan menyaksikan harga mencapai paras ketinggian sehingga 1.3000 untuk harga menguji zon resistance tersebut.

Namun jika harga menjunam semula lebih rendah, antara paras tumpuan yang dijangka dituju harga adalah pada zon RBS 1.28300 dan zon RBS 1.27800.

Lihat gambar carta pasangan mata wang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat