USD/CAD Buat ‘Comeback’ Semula Minggu Ini

498

Walaupun sentimen pasaran kini dipulihkan dengan perkembangan baik vaksin Coronavirus, namun pelabur tetap berwaspada dihimpit peningkatan kes jangkitan Coronavirus khususnya di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

Dagangan komoditi kembali bergerak suram selepas meningkat memberi reaksi positif susulan laporan ujian vaksin pada awal minggu.

Mata wang komoditi mula menunjukkan penurunan seperti dolar Australia, dolar New Zealand serta dolar Kanada.

Dolar Kanada kian susut selepas pelabur mula risau terhadap perkembangan pasaran minyak mentah di mana komoditi hitam tersebut menjadi ekport utama Kanada.

Walaupun negara-negara pengeluaran petroleum (OPEC) memberi harapan untuk menangguhkan rancangan untuk melonggarkan pengurangan pengeluaran minyak mentah.

Hal ini bakal menjadi faktor peningkatan semula harga minyak. Namun begitu, kes jangkitan baru yang terus meningkat di seluruh dunia berkemungkinan memberi gambaran terhadap kelumpuhan ekonomi. Justeru, perkembangan vaksin kekal menjadi tumpuan untuk memacu sentimen pasaran.

Jika dilihat pada pergerakan harga di carta pasangan mata wang USD/CAD, harga semakin menunjukkan kenaikan menuju zon SBR (support become resistance) 1.31000 selepas pergerakan mendatar harga sejak Selasa lalu.

Pergerakan harga semalam juga telah memberi isyarat untuk trend bullish selepas yang berada di atas paras 1.30000 bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan 1 jam harga.

Awal sesi Eropah hari ini melihatkan harga meneruskan kenaikan ke zon SBR 1.31000 dengan jangkaan momentum akan dikekalkan susulan US dolar masih bergerak stabil dalam pasaran.

Kenaikan lebih tinggi dilihat akan menuju zom tumpuan seterusnya pada 1.32000 sebelum menguji pula zon 1.33000.

Namun jika harga kembali pamerkan penurunan semula, paras 1.30000 dilihat sebagai paras sokongan harga dan sekiranya harga berjaya tembus lebih rendah, sasaran seterusnya berkemungkinan menuju paras terendah terbaru pada 1.29000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat