USD/CAD Ditekan Ke Paras Rendah Didorong Pengukuhan Loonie

332

Pasangan matawang USD/CAD pada dagangan penghujung minggu antara yang perlu diberi tumpuan oleh para pelabur dengan berita-berita yang berlegar dalam pasaran boleh memberi petunjuk terhadap pergerakan harga semasa.

Dolar Kanada sejak semalam mengukuh didorong oleh sentimen pasaran yang semakin pulih selepas Amerika Syarikat dan China menunjukkan perkembangan yang baik dalam rundingan dagang.

Selain itu, laporan bahawa OPEC turut mengumumkan lanjutan pengurangan pengeluaran sehingga Disember dan organisasi tersebut juga menggesa Amerika Syarikat untuk menyertai perjanjian bersama OPEC.

Terbaru, terdapat laporan bahawa kapal tangki minyak milik Iran terbakar disyaki diserang peluru berpandu berhampiran bandar pelabuhan Arab Saudi yang disifatkan sebagai serangan pengganas.

Akibat daripada serangan tersebut, kapal tangki itu mengalami kerosakan yang teruk dan turut mengakibatkan limpahan minyak ke Laut Merah.

Pandangan teknikal, pergerakan harga pada USD/CAD semalam menguji paras tertinggi di zon resistance 1.33450 sebelum menjunam sekitar 75 pips ke paras 1.32700.

Harga kemudiannya mencatatkan kenaikan menyentuh paras 1.3300 yang berada pada zon SBR (support become resistance) sehingga bersambung pada sesi dagangan Asia hari ini.

Harga seterusnya menyambung penurunan semula menguji paras terendah harian semalam di 1.33700 untuk harga meneruskan penurunan ke paras lebih rendah lagi.

Jika penurunan berjaya diteruskan, paras tumpuan sekitar 1.32300 dijangka akan menjadi destinasi yang dituju harga seterusnya.

Juga paras lebih rendah harga di zon support 1.32100 turut akan diuji harga jika dagangan CAD yang mengukuh terus menekan harga pada carta USD/CAD hari ini.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat