USD/CAD Gagal Teruskan Penurunan Selepas Keputusan Pilihanraya Kanada Diumumkan

319

Selain perkembangan Brexit dan rundingan dagang AS-China, pasaran turut memberi tumpuan terhadap keputusan pilihanraya umum Kanada hari ini.

Seperti telah dijangkakan, Parti Liberal yang diterajui Justin Trudeau telah mengesahkan kemenangannya namun gagal mendapat undian majoriti dan dihadkan memimpin sebuah kerajaan minoriti. Beliau perlu bergantung sokongan daripada parti yang lain untuk mentadbir.

Dilihat pada pergerakan harga bagi carta pasangan matawang USD/CAD, Loonie gagal mengekalkan pengukuhan dan terus menekan USD untuk harga terus turun ke paras lebih rendah.

Bagi dagangan Loonie, pelabur akan memberi tumpuan pula terhadap unjuran tinjauan perniagaan oleh bank pusat Kanada dan juga data jualan runcit Kanada yang akan diterbitkan malam nanti.

Pergerakan harga pada USD/CAD dilihat cuba membuat kenaikan pada sesi dagangan Eropah hari ini dengan pergerakan harga yang perlahan sejak awal sesi Asia bermula yang telah mencecah paras terendah terbaru sekitar 1.30700.

Dilihat secara lebih besar bagi pergerakan harga, harga masih berada dalam kecenderungan menurun atau ‘bearish’ berikutan matawang dolar USD masih bergerak lemah dalam pasaran.

Jika harga membuat kenaikan, dilihat paras penting pada 1.31400 bakal diuji harga untuk menentukan sama ada harga kembali membuat penurunan atau meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi selepas melepasi garisan trendline semasa pada USD/CAD.

Namun jika harga meneruskan corak penurunan harga, penurunan lebih rendah diramalkan mencecah sehingga ke paras sekitar 1.30200 yang merupakan zon support harga pada dagangan Julai yang lalu.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat