USD/CAD Junam Lebih Rendah Selepas Data Pekerjaan Kanada?

297

Pada hari Jumaat juga, Jabatan Statistik Kanada juga telah mengeluarkan laporan pekerjaan. Situasi yang sama juga berlaku di Kanada dimana Kanada telah mencatat pertambahan pekerjaan pada bulan Mac iaitu sebanyak 303,100 pekerjaan dengan kadar pengangguran mencatat rekod terendah sejak berlakunya pandemik.

Kadar pengangguran jatuh ke paras 7.5% iaitu paras terendah sejak penularan wabak Covid-19 berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh jabatan statistik Kanada.

Bacaan angka positif ini antaranya didorong oleh pelonggaran perintah sekatan yang dikenakan dan pembukaan lebih banyak sektor peniagaan. Hal ini secara tidak langsung mendorong lebih banyak peluang pekerjaan dibuka.

Bacaan angka ini adalah berlawanan daripada jangkaan para pakar yang menjangkakan pertambah pekerjaan sebanyak 100,000 dan kadar pengangguran pada 8% yang disebabkan kesan penularan wabak Covid-19.

Walaubagaimanapun, jika dibandingkan sebelum pertambahan ini merosot sebanyak 1.5%. Penganalisis bebrependpatan bulan sektor pekerjaan akan kembali tertekan pada bulan April dengan beberapa wilayah mula meningkatkan sekatan.

Matawang Kanada dolar mengukuh ke paras bacaan 1.2555 per dolar A.S. Disisi lain, rakan dagang terbesar Kanada, Amerika Syarikat turut mencatat peningkatan dalam bilangan pekerjaan pada bulan M. Jabatan Tenaga Kerja A.S melaporkan bacaan NFP meningkat sebanyak 916,000 bagi bulan Mac sementara kadar pengangguran turun kepada 6%.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat