USD/CAD Pamer Isyarat Penurunan Harga Lebih Rendah

406

Keputusan mesyuarat polisi bank pusat Kanada pada sesi New York semalam tidak memberi kesan pergerakan ketara buat dagangan dolar Kanada sebaliknya dilihat lebih dipengaruhi oleh pasaran minyak mentah.

Bank of Canada (BOC) masih mengekalkan kadar faedah di paras 0.25% dan menyatakan bahawa ekonomi Kanada masih memerlukan sokongan polisi monetari sehingga sasaran inflasi 2% mampu dicapai.

Program pembelian aset berskala besar juga akan tetap diteruskan untuk menyokong ekonomi dengan sekurang-kurangnya $5 bilion Kanada dolar seminggu pembelian bon kerajaan Kanada.

Sementara itu, harga minyak kembali pulih semula setelah dilaporkan mengalami kemerosotan sebelum ini, kembali memulihkan semula sentimen pasaran dan meningkatkan nilai dolar Kanada.

Namum, bekalan minyak AS yang mencatatkan peningkatan akan memberikan tekanan semula terhadap pasaran minyak mentah yang akan terkesan pada permintaan.

Berbanding US dolar, dapat dilihat dolar Kanada kembali mengukuh dengan menekan harga ke paras lebih rendah semula pada carta pasangan USD/CAD.

Harga sebelumnya telah membuat kenaikan dan mencapai paras ketinggian pada 1.32500 sebelum kembali menjunam semula lebih rendah dari paras 1.32000 dan juga paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Bersambung pada dagangan Khamis, harga meneruskan penurunan ke zon RBS (resistance become support) di bawah paras 1.31400.

Penurunan harga akan terus dijangkakan melepasi paras 1.31000 sebelum menuju zon support harga pada 1.3000.

Namun jika harga kembali melonjak semula, zon resistance di atas paras 1.32000 serta paras ketinggian yang dicapai semalam, akan kembali menjadi paras-paras tumpuan.

Kenaikan lebih tinggi yang diteruskan berkemungkinan boleh mencecah sehingga ke zon resistance lebih tinggi sekitar 1.33000.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat