USD/CAD Semakin ‘Bearish’ Selepas G7 Tambah Tekanan Terhadap Rusia

172

Jangkaan kenaikan harga minyak mentah bakal mendorong sokongan terhadap dolar Kanada yang sensitif terhadap pasaran minyak global.

Selain isu bekalan minyak yang semakin ketat, perbincangan anggota G7 dalam persidangan di Jerman dilihat akan menambahkan lagi kebimbangan terhadap sentimen pasaran minyak.

Langkah yang dilihat akan bertujuan untuk menambahkan tekanan terhadap Rusia, sekatan bakal dikenakan ke atas insurans dan perkapalan serta mengehadkan kapasiti pengangkutan minyak mentah dan produk petroleum Rusia.

Amerika Syarikat (AS) juga dilaporkan akan meningkatkan tambahan tarif terhadap barangan Rusia bernilai sekitar $2.3 bilion dalam usaha menekan Rusia sebagai protes terhadap tindakan pencerobohan ke atas Ukraine.

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang USD/CAD, harga telah mula memaparkan kecenderungan penurunan harga pada dagangan hari ini (Selasa).

Sebelum ini, pada dagangan penghujung minggu lalu lagi pelabur telah bersedia untuk pergerakan bearish harga setelah harga mula susut di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan di carta USD/CAD.

Pergerakan harga mendatar pada awal minggu semalam, berlegar di zon 1.29000 sebelum menyusut ke paras lebih rendah hari ini.

Setelah mendatar sepanjang sesi Asia, harga dilihat telah menyambung penurunan lebih rendah di awal sesi Eropah bermula mencecah sekitar 1.28300 setakat jam 3 petang waktu tempatan.

Penurunan lebih rendah bakal dijangkakan untuk harga seterusnya menuju ke paras tumpuan sekitar 1.27500 sebelum penurunan yang diteruskan bakal singgah menguji zon RBS (resistance become support) pada 1.26000 pula.

Untuk jangkaan kenaikan harga pula, paras 1.29000 akan menjadi rintangan yang bakal diuji harga sebelum harga yang meningkat lebih tinggi melepasi paras tersebut akan memberi isyarat untuk harga meneruskan kenaikan.

Dan melepasi juga paras halangan MA50 akan memberi isyarat bullish kepada pelabur untuk menjangkakan harga menuju pula ke paras rintangan 1.3000.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat