USD/CAD Sepertinya Bakal Disorong Lebih Rendah

367

Dolar Kanada bergerak kukuh susulan mesyuarat polisi monetari bank pusat Kanada pada sesi New York semalam yang menyaksikan keputusan kadar faedah terus dikekalkan di paras 0.25% seperti jangkaan.

Bank of Canada (BOC) mengunjurkan pertumbuhan ekonomi yang baik untuk suku pertama tahun ini, lebih positif berbanding jangkaan sebelum ini untuk ekonomi Kanada mengalami kemerosotan.

Faktor ini turut menjadi pendorong pengukuhan dolar Kanada yang sebelum ini telah disokong oleh kenaikan harga minyak mentah susulan berita serangan dron di pelabuhan minyak Arab Saudi.

Pasaran minyak mentah berkemungkinan gagal menambahkan suntikan buat dolar Kanada apabila laporan inventori minyak Amerika Syarikat (AS) dicatatkan tinggi.

Namun reaksi pasaran ketika keputusan mesyuarat BOC melihatkan dolar Kanada sedikit melemah sebelum mengukuh semula selepas itu.

Berbanding US dolar yang menyusut, dolar Kanada manfaatkan situasi untuk mengukuh dengan pasaran menyaksikan penurunan harga pada carta pasangan mata wang USD/CAD.

Meneliti pergerakan harga pada dagangan Rabu semalam, harga pada mulanya membuat kenaikan pada sesi Asia sehingga mencapai paras ketinggian 1.36800. Namun kembali pamerkan penurunan semula pada sesi Eropah dan New York.

Selepas bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk isyarat trend bearish, harga turun sehingga ke paras sekitar 1.26100.

Menyambung dagangan pada hari ini masih melihatkan harga menunjukkan tanda-tanda untuk menyambung penurunan namun disokong pada paras 1.26000.

Zon RBS (support become resistance) tersebut akan diuji sebelum harga yang berjaya melepasinya akan meneruskan penurunan lebih rendah untuk menuju semula ke zon support 1.24700 yang dicecah pada Februari lalu.

Sekiranya harga membuat kenaikan, pelabur akan memberi tumpuan semula pada zon rintangan 1.26800 selepas melepasi halangan MA50.

Kenaikan lebih tinggi akan dijangkakan sehingga ke paras sekitar 1.27800 yang menjadi zon tumpuan harga pada dagangan Februari.

Lihat gambar carta pasangan mata wang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat