Terima Kasih Pada BOC, Dolar Loonie Lebih Bertenaga!

207

Mesyuarat polisi Bank of Canada (BOC) bagi sesi Mac menyaksikan bank pusat mengekalkan kadar faedah pada 0.25%, walaupun ia menjangkakan ekonomi akan berkembang dalam suku pertama tahun ini, berbeza dengan ramalan sebelum ini bahawa tahun 2021 akan bermula dengan kemerosotan.

Pada bulan Januari, bank pusat memberi amaran bahawa penutupan dan pengetatan sekatan coronavirus di kebanyakan negara akan mendorong penguncupan dalam bacaan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku pertama 2021.

Bagaimanapun, Statistik Kanada melaporkan pertumbuhan ekonomi pada suku terakhir 2020 adalah lebih kuat dari yang dijangkakan, dan ini memberikan anggaran awal bahawa bulan Januari akan memperlihatkan kenaikan kecil walaupun sekatan yang ketat masih berjalan.

Para pembuat dasar BOC mengatakan dalam satu kenyataan pada hari Rabu bahawa ketahanan ekonomi mempunyai kaitan dengan pengguna dan perniagaan yang menyesuaikan diri dengan penutupan dan sekatan baru.

Kenyataan itu juga menunjukkan pasaran perumahan yang lebih kuat daripada dijangkakan sebagai pemacu kepada jangkaan pengembangan dalam KDNK pada tiga bulan pertama tahun ini.

Namun, BOC juga memberi amaran mengenai ketidakpastian yang cukup besar mengenai prospek ekonomi jangka panjang, termasuk berapa lama masa yang diperlukan untuk pasaran buruh kembali pulih.

Oleh itu, bank pusat akan terus dengan program pelonggaran kuantitatif semasa mereka dan macam yang pernah dikatakan sebelum ini, bank pusat akan kekalkan kadar faedah hingga tahun 2023.

Pada sesi Asia, dolar Kanada didagangkan mengukuh susulan keputusan BOC, selain ia turut mendapat sokongan daripada kemerosotan US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat