USD/CAD Terjun 90 PIPS Pada Penghujung Dagangan Minggu Lalu

495

Dolar USD menunjukkan kenaikan nilai matawangnya pada awal dagangan Isnin dan bergerak berhampiran paras tertinggi enam minggu berikutan kebimbangan pelabur terhadap ketegangan perang dagang antara Amerika Syarikat dan China serta risiko pertumbuhan global yang menjurus kepada permintaan aset safe-haven yang semakin meningkat. Rundingan AS-China dilihat sebagai tumpuan utama untuk minggu ini dan kekuatan pada nilai dagangan USD memberi isyarat awal sentimen pasaran yang semakin menuju ke arah yang lebih berisiko.

Pada minggu lalu, kegelisahan pelabur dicetuskan oleh Presiden Trump apabila mengatakan bahawa beliau tidak bercadang untuk bertemu dengan Presiden Xi Jinping sebelum tarikh akhir 1 Mac nanti. Namun, jika keputusan rundingan pada minggu ini tidak menunjukkan perkembangan yang positif, sentimen pasaran dijangka akan terus berisiko dan berkemungkinan akan terus memberi kelebihan terhadap dagangan USD.

 

Sementara itu, data ekonomi yang menjadi tumpuan pada penghujung minggu lalu adalah laporan data pekerjaan di Kanada. Sekali lagi laporan yang mengejutkan pasaran, pertambahan bilangan pekerjaan untuk bulan Januari melonjak kepada 66,800 jauh lebih tinggi daripada jangkaan hanya sebanyak 6,500 pertambahan sahaja. Ini telah melonjakkan nilai matawang dolar CAD di mana pergerakan harga pada chart pasangan matawang USD/CAD telah terjun sekitar 90 pips penurunan selepas laporan tersebut dikeluarkan.

 

Manakala, matawang Sterling antara dagangan yang dilihat akan menjadi tumpuan untuk minggu ini dengan data-data ekonomi utama di Britain bakal dikeluarkan. Pada jam 5.30 petang ini, data GDP (KDNK) bakal menjadi tumpuan dan pada Rabu pula, data indeks harga pengguna bakal dikeluarkan. Kedua-dua data tersebut dijangka akan mencatatkan bacaan angka yang menurun berbanding bacaan sebelumnya. Seterusnya pada Jumaat pula, data jualan runcit di Britain akan dikeluarkan pada jam 5.30 petang dan dijangka akan mencatatkan angka yang meningkat. Namun, dalam pada itu, pelabur masih resah ekoran dibelenggu risiko pada isu Brexit yang masih buntu memberikan arah yang jelas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat