USD/CAD Teruskan Pendakian Ke Paras Tertinggi 5 Minggu!

101

Pasaran komoditi minyak mentah terus diselubungi kesuraman dengan kejatuhan ketara berlaku pada harga minyak mentah minggu ini.

Pada pembukaan pasaran di awal minggu, pasaran minyak mentah pada mulanya tampak meyakinkan dengan berita pelonggaran sekatan pergerakan di lokasi-lokasi penting di China selepas tekanan protes beberapa minggu lalu.

Namun, beberapa faktor lain pula muncul untuk mengeruhkan semula dagangan minyak mentah global.

Antaranya ketegangan di antara Eropah dan Rusia apabila kumpulan G7 yang menghadkan paras harga minyak $60 setong untuk minyak mentah Rusia tidak dipersetujui oleh Vladimir Putin.

Selain itu, aktiviti sektor perkhidmatan di China dilaporkan jatuh ke paras terendah 6 bulan yang dilihat boleh menjejaskan permintaan bekalan minyak.

Ketika ini US dolar masih terus mengekalkan pengukuhan dalam pasaran dan menekan dolar Kanada untuk didagangkan lemah sementara pelabur menantikan keputusan mesyuarat bank pusat Kanada (BOC) sebentar lagi.

Meneliti pula carta harga pasangan mata wang USD/CAD, harga telah melonjak hampir 300 pips sejak awal minggu hingga semalam.

Kenaikan harga bermula dari paras sokongan 1.34000 ketika diuji seketika pada awal minggu, kemudiannya menuju semula ke zon rintangan pada minggu lalu.

Setakat sesi New York semalam, harga telah mencapai ketinggian terbaru sekitar 1.36700 yang menjadikan harga tertinggi dalam tempoh 5 minggu.

Kenaikan dijangka akan ke paras lebih tinggi untuk meneruskan pergerakan trend bullish ketika harga masih berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan di rangka masa 1 jam di carta USD/CAD.

Sasaran untuk kenaikan lebih tinggi adalah untuk menuju pada ketinggian hingga 1.38000 setelah kali terakhir harga menyentuh paras tersebut pada awal November lalu.

Namun, jika harga kembali paparkan kejatuhan semula, tumpuan awal yang dilihat akan dituju harga adalah pada zon 1.35000.

Selepas memberi isyarat perubahan kepada trend bearish, harga berkemungkinan boleh susut lebih rendah menuju kembali paras sokongan 1.34000.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat