USD/CAD Teruskan Penurunan Mencatatkan Paras Terendah Terbaru

351

Dolar Kanada terus mengukuh berbanding USD dengan penurunan diteruskan pada dagangan carta harga pasangan matawang USD/CAD sehingga penghujung minggu.

Dengan nilai matawang Amerika Syarikat yang menyusut ekoran faktor utama adalah isyarat penurunan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) pada mesyuarat FOMC awal pagi semalam, Loonie terus mengambil kesempatan untuk meningkatkan nilai dagangannya disokong oleh beberapa faktor lain.

Antara faktor yang menyokong Loonie adalah lonjakan harga minyak mentah yang menjadi eksport utama Kanada. Selepas Washington menuduh Tehran berhubung insiden serangan kapal tangki minyak di Teluk Oman minggu lalu, ketegangan antara dua negara semakin meningkat susulan laporan terbaru berkenaan Iran telah menembak jatuh drone yang dipercayai milik tentera Amerika Syarikat.

Berdasarkan data domestik pula, data indeks harga pengguna Kanada baru-baru ini positif menyokong kadar inflasi mereka. Tumpuan pada hari ini terarah pula kepada data jualan runcit Kanada di mana jangkaan angka bacaan berkemungkinan sedikit menurun.

Pergerakan harga pada carta USD/CAD dilihat telah membuat penurunan sehingga melepasi zon support sebelum ini pada 1.32500 mencatatkan paras terendah yang baru.

Paras terendah terbaru mencecah 1.31500 pada dagangan semalam hampir menyentuh paras support MagicS3 pada indicator Moshed Magic Line semalam.

Dagangan pada hari ini pula dilihat lebih mendatar berbanding penurunan dua hari berturut-turut dan harga berlegar di bawah paras tumpuan pada 1.32000 yang juga merupakan paras Magic Pivot pada indicator Moshed Magic Line hari ini.

Harga dijangka akan menguji paras Magic Pivot hari ini sebelum kembali meneruskan penurunan ke paras terendah yang baru berkemungkinan mencecah paras support pada 1.30700 atau lebih rendah di paras penting pada 1.30000 berhampiran support MagicS3 indicator Moshed Magic Line.

Namun jika harga cuba membuat kenaikan semula, paras penting yang dilihat akan menjadi destinasi tumpuan harga adalah pada 1.32500 yang merupakan zon SBR (support become resistance) terbaru pada carta harga USD/CAD.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan.

Paras support: 1.3131, 1.3073, 1.2996.

Paras resistance: 1.3266, 1.3343, 1.3401.

Team INTRADAY menggunakan bacaan dan carta forex dari Broker FBS.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat