USD Catat Untung, Tapi Pasaran Kekal Waspada!

178

Raja mata wang US dolar didagangkan stabil pada sesi Asia setelah meraih keuntungan sederhana ketika sesi terdahulu.

Meskipun begitu, pergerakan keseluruhan mata wang kekal mendatar ekor pelabur terus berwaspada menanti data-data penting dan mesyuarat polisi bank pusat.

Berbanding sekumpulan mata wang utama, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback diniagakan pada sekitar harga 102.20 pada awal sesi Asia.

Dolar Aussie mencatatkan sedikit penyusutan susulan bacaan data jualan runcit yang menunjukkan penguncupan sebanyak 3.9% pada bulan Disember berbanding jangkaan untuk turun 0.3% daripada pertumbuhan 1.7% sebelumnya. 

Sebelum data tersebut diterbitkan, Deutsche Bank mengeluarkan unjuran kenaikan kadar faedah 25 mata asas oleh Reserve Bank of Australia (RBA) pada bulan Februari, Mac, Mei dan Ogos.

Sementara itu, dolar New Zealand dan Kanada diniagakan sedikit berubah susulan kemerosotan yang dicatatkan sesi sebelum ini.

Buat pelabur dolar Kanada, data keluaran dalam negara kasar (KDNK) Kanada akan diterbitkan pada sesi New York yang dijangka berkembang 0.1% pada bulan November.

Meneliti pergerakan mata wang Eropah, euro dan pound masing-masing didagangkan stabil setelah menyusut ekoran peningkatan US dolar.

Data yang diterbitkan pada petang Isnin tampaknya gagal memberi impak buat mata wang euro, menyaksikan ekonomi Jerman berkembang pada kadar tahunan sebanyak 1.1% pada suku terakhir 2022.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat