USD Celaru, Ini Minggu Yang Mencabar Untuk Trader!

684

Mata wang US dolar ditutup bercampur pada dagangan sesi-sesi akhir minggu lalu dengan ketidaktentuan terus melanda pasaran.

Situasi pergolakan di Timur Tengah terus diawasi penganalisis yang melihat sebagai faktor semasa memacu pergerakan pasaran global sehingga bersambung pada minggu ini.

Konflik perang Hamas-Israel berlarutan dengan serangan terus dilancarkan oleh tentera Zionis Israel ke atas Gaza dan semakin melibatkan campur tangan negara-negara besar termasuk Amerika dan Rusia.

Momentum pengukuhan US dolar pada minggu lalu terbantut selepas ucapan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell yang mengisyaratkan kenaikan kadar tidak akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

Majoriti pasaran menjangkakan kadar faedah akan dikekalkan pada mesyuarat November dan berkemungkinan jika kenaikan kadar berlaku, adalah pada Disember.

Hasil perbendaharaan 10 tahun Amerika Syarikat (AS) berlegar di paras 5.00% yang merupakan paras tertinggi dicapai sejak tahun 2007.

Manakala indeks dolar pula mendatar di atas paras 106.00 mata, susut sedikit dari ketinggian 107.30 yang dicapai pada awal Oktober lalu.

Tekanan kepada mata wang utama lain sedikit berkurang ekoran pengukuhan US dolar pada minggu lalu kembali pudar.

Mata wang Euro bakal didagangkan berhati-hati minggu ini ketika pelabur menunggu keputusan mesyuarat polisi European Central Bank (ECB) setelah isyarat dovish disampaikan oleh Presiden Christine Lagarde sebelum ini.

Menjadi tumpuan pelabur adalah mata wang Yen Jepun ketika penghujung minggu lalu hampir menyentuh paras kritikal ¥150.00 berbanding US dolar.

Pelabur menantikan potensi campur tangan oleh bank pusat dan kerajaan Jepun ke dalam pasaran yang akan mencetus pergerakan drastik Yen dalam waktu singkat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat