USD Cuba Bangkit, Tapi…

554

US dolar didagangkan sedikit meningkat pada sesi Asia selepas mendapat sokongan daripada hasil perbendaharaan AS 10 tahun yang lebih tinggi.

Bagaimanapun, raja mata wang itu kekal terperangkap di sekitar paras terendah, dengan indeks dolar didagangkan pada 101.45.

Pasaran masih lagi mengelak daripada meletakkan posisi lebih besar menjelang terbitan data inflasi Amerika Syarikat pada hari Rabu.

Indeks harga pengguna (CPI) AS dijangka akan kekal pada tahap 5% tahun ke tahun pada bulan April.

Mata wang berkaitan komoditi pula mempamerkan prestasi terbaik, menyaksikan dolar New Zealand mengukuh ke paras tertinggi 5 minggu.

Sementara dolar Aussie pula diniagakan pada paras paling kuat 4 minggu berbanding greenback di tengah-tengah sentimen pasaran yang lebih baik.

Dolar Kanada juga kekal menguat walaupun beberapa keuntungan dikurangkan, ketika dagangan minyak mentah bergerak mendatar selepas membuat kenaikan pada awal minggu.

Mengikuti perkembangan mata wang Eropah, euro kembali mencatat penyusutan selepas data menunjukkan pengeluaran perindustrian Jerman menurun 3.4% pada bulan Mac.

Selain itu, keyakinan Pelabur Sentix Zon Eropah pada bulan Mei pula bertambah buruk dengan catatan -13.1 daripada -8.7.

Mata wang pound pula melonjak ke paras ketinggian terbaru satu tahun sekitar harga 1.2668 berbanding USD, sebelum sedikit susut pada sesi Asia ketika pasaran menantikan keputusan mesyuarat Bank of England (BOE) pada hari Khamis.

Dalam pada itu, mata wang yen terus bergerak mendatar selepas laporan minit mesyuarat Bank of Japan (BOJ) gagal memberi petunjuk baru untuk penetapan dasar bank pusat akan datang.

Jom intai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat