USD Dah Buat ‘Comeback’?

893

US dolar kembali bangkit ketika tumpuan pelabur pada sesi Asia terarah kepada penerbitan data ekonomi China yang dijangka akan menunjukkan pertumbuhan perlahan pada suku keempat.

Greenback menyambung kenaikan dicatatkan pada penghujung dagangan minggu lalu yang mungkin disebabkan oleh aktiviti pengambilan untung oleh pelabur terhadap mata wang utama lain.

Mata wang gergasi itu secara fundamentalnya kuat disebabkan oleh optimisme pasaran bahawa Federal Reserve (Fed) akan menaikkan kadar faedah lebih cepat untuk membendung inflasi.

Data jualan runcit AS yang dikeluarkan pada Jumaat, malangnya mencatatkan penguncupan pada bulan Disember dengan menurun 1.9% daripada 0.2% yang disemak semula pada November.

Walaupun mengecewakan, tetapi ia tidak menghalang US dolar untuk kembali meningkat seiring dengan peningkatan hasil bon AS 10 tahun.

Sementara itu, dolar Aussie dan kiwi didagangkan suram ketika pelabur menantikan penerbitan laporan ekonomi China untuk suku keempat.

Di China, bon meningkat dan mata wang yuan tergelincir selepas bank pusat menurunkan kadar kemudahan pinjaman jangka masa sederhana kepada 2.85% untuk pertama kalinya sejak April 2020.

Mata wang Eropah juga mencatatkan penurunan, memperlihatkan pound cuba mempertahankan pengukuhannya pada 1.3660, dan euro didagangkan pada sekitar harga 1.1400 berbanding USD.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat