USD Didagangkan Rendah Menjelang FOMC Awal Pagi Khamis Sementara GBP Mendapat Sokongan Daripada Data Sektor Pekerjaan

623

Bermula pada sesi Asia, indeks keyakinan pengguna di New Zealand menurun kepada 103.8 pada suku pertama 2019 daripada 109.1 pada tempoh sebelumnya, jatuh dari paras tiga suku tertinggi sebelum ini.

Beralih ke perkembangan di Australia pula, indeks harga perumahan di Australia turun sebanyak -2.4% dalam suku tahun keempat 2018, turun daripada -1.5% pada suku tahun sebelumnya serta di bawah ramalan pasaran untuk penurunan -2.0%.

Dalam masa yang sama, sektor penggunaan masih menjadi masalah utama di Australia menurut minit mesyuarat RBA hari ini dengan penurunan harga perumahan di beberapa bandaraya, pertumbuhan pendapatan isi rumah yang rendah dan tahap hutang yang tinggi.

Awal dagangan Eropah pula, pasaran dibuka dengan indeks negatif berikutan sentimen yang berhati-hati diheret daripada sesi Asia dengan pasaran saham di Jepun dan China diniagakan rendah ekoran aktiviti pengambilan untung pelabur menjelang mesyuarat FOMC esok.

Data imbangan perdagangan Switzerland merupakan data ekonomi pertama yang keluar pada sesi Eropah hari ini. Lebihan dagangan Switzerland menaik kepada 3.13 bilion CHF pada Februari 2019 daripada 3.04 bilion CHF pada bulan sebelumnya dan merupakan surplus terbesar sejak November 2018. Sektor eksport menaik sebanyak 1.3% manakala import menurun -3.0%.

Sementara itu di Britain, kadar pengangguran di UK menurun kepada 3.9% dalam tempoh tiga bulan hingga Januari 2019, paras terendah sejak November 1974-Januari 1975 dan sedikit di bawah jangkaan pasaran sebanyak 4.0%.

Manakala, jumlah pendapatan pekerja di UK, termasuk bonus, meningkat sebanyak 3.4% secara tahunan dalam tempoh tiga bulan hingga Januari 2019, sama dengan 3.4% pada tempoh sebelumnya dan menewaskan jangkaan pasaran sebanyak 3.2%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat