USD, Hasil Bon Kembali Pulih, Matawang Pound Tersepit!

538

Greenback terus mencatatkan kenaikan sederhana ketika sesi Eropah dengan tumpuan pasaran kini terarah kepada keterangan Pengerusi Federal Reserve, Jerome Powell pada awal pagi Rabu.

Menurut ucapan bertulis yang telah disiapkan untuk keterangan di hadapan Jawatankuasa Kecil mengenai Krisis Coronavirus, Powell mengakui bahawa ekonomi terus menunjukkan peningkatan berterusan dari kesan pandemik Covid-19, dengan kenaikan dalam pasaran pekerjaan dan inflasi.

Bagaimanapun, menurut Powell, inflasi harus dikembalikan ke arah sasaran 2% Fed setelah ketidakseimbangan penawaran diselesaikan.

Pelabur akan mengikuti pendengaran tersebut untuk pertanyaan-pertanyaan berpotensi yang akan memberi penjelasan lebih mendalam mengenai pandangannya terhadap kadar pemulihan ekonomi dan prospek dasar monetari.

US dolar kembali meningkat setelah menyaksikan penurunan pada hari Isnin, dengan hasil perbendaharaan AS 10 tahun juga melonjak semula di atas tahap 1.50% pada sesi dagangan hari ini selepas terbenam ke paras terendah 4 bulan.

Matawang pound gagal mengekalkan kedudukan di atas harga 1.39000 berbanding USD, di tengah-tengah kebimbangan mengenai Brexit dan penularan Covid-19 varian Delta yang telah menjadi dominan secara global, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Sementara itu, matawang euro didagangkan sedikit susut susulan kenaikan semula US dolar. Pasaran kini menantikan penerbitan data PMI pembuatan dan perkhidmatan dari Zon Eropah dan UK pada hari Rabu untuk melihat sejauh mana pertumbuhan ekonomi dicatatkan setakat ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat