USD/JPY Catat Rekod Paras Tertinggi 20 Tahun!

242

Antara menjadi tumpuan pada dagangan minggu ini adalah carta harga pasangan mata wang USD/JPY yang telah mempamer kenaikan ke paras ketinggian terbaru 20 tahun!

Faktor yang mendorong perkara ini berlaku adalah dilihat berdasarkan perbezaan pada padangan kedua-dua bank pusat, di mana Federal Reserve (Fed) yang lebih argesif mengetatkan polisi sementara Bank of Japan (BOJ) pula komited untuk mengekalkan dasar yang longgar.

Justeru, US dolar dilihat bergerak lebih kukuh berbanding Yen untuk terus mengekalkan corak bullish harga sejak beberapa minggu ini pada carta USD/JPY.

Jika diteliti, harga mendatar pada zon 127.00 pada penghujung Mei lalu sebelum memaparkan isyarat untuk trend bullish bersambung pada awal dagangan Jun.

Sehinggalah bersambung pada dagangan minggu ini, harga terus mencatatkan paras ketinggian terbaru setelah melepasi beberapa halangan seperti pada zon 129.300 dan 132.00.

Pergerakan harga di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam masih belum memberi sebarang petunjuk untuk harga berubah arah.

Sehingga dagangan semalam, harga telah berjaya mencatatkan paras ketinggian terbaru sekitar zon 134.00 walaupun sedikit penurunan harga dilihat berlaku pada sesi Asia hari ini.

Namun, kenaikan harga masih lagi dijangka untuk diteruskan bagi menyambung trend bullish sebelum pelabur akan mula berwaspada menjelang terbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.

Sasaran kenaikan harga seterusnya adalah untuk menguji zon ketinggian pada 135.00 iaitu rintangan yang pernah diuji harga pada awal 2002.

Namun waspada sekiranya harga yang gagal melepasi zon rintangan tersebut mula menunjukkan reaksi untuk membuat penurunan semula.

Selepas perubahan arah harga, penurunan awal dilihat akan menuju ke paras sekitar 132.00 sebelum menguji zon 131.00 pula.

Dan penurunan lanjut yang diteruskan bakal menuju ke paras jangkaan sekitar 129.300 untuk harga paparkan pergerakan trend bearish yang lebih jelas.

Lihat gambar carta harga USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat