USD/JPY Kembali Diniagakan Mendatar Susulan Data Inflasi A.S Diterbitkan Kukuh

259

Dagangan bagi matawang safe-haven Yen dan US dolar dilihat bergerak seimbang pada hari ini berbeza berbanding pergerakan harga semalam.

Dagangan Khamis semalam, Yen lebih mendominasi bermula awal sesi Asia bermula dengan risiko wabak Coronavirus yang semakin meningkat.

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang USD/JPY membuat penurunan sebelum harga mula mendatar pada sesi New York susulan data inflasi Amerika Syarikat mencatatkan peningkatan ke paras tertinggi sejak Oktober 2018.

Harga membuat penurunan lebih 40 pips dari paras ketinggian 110.100 sehingga ke zon RBS (resistance become support) sekitar 109.700 sebelum pergerakan mendatar harga dipamerkan sehingga sesi New York berakhir.

Bersambung pada dagangan hari ini, pergerakan harga masih mendatar dan dilihat menguji garisan halangan dinamik Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta USD/JPY namun harga gagal tembusi ke paras lebih tinggi.

Selain berjaga-jaga dengan risiko Coronavirus yang kini telah mencatatkan 1,380 korban, pelabur juga berwaspada menantikan penerbitan data jualan runcit Amerika Syarikat untuk bulan Januari.

Data bacaan tersebut akan dibandingkan dengan data inflasi Amerika Syarikat yang telah diterbitkan semalam untuk menilai kesihatan ekonomi untuk permulaan tahun 2020.

Jika harga pada USD/JPY membuat penurunan, harga bakal melepasi zon RBS di bawah paras 109.700 sebelum turun lebih rendah menuju zon RBS seterusnya sekitar 109.300.

Namun jika harga kembali membuat lonjakan semula, zon resistance sekitar 110.100 yang diuji pada Rabu lalu dijangka akan dilepasi sebelum harga menuju pula zon resistance 110.300 yang menjadi halangan kenaikan harga pada dagangan Januari.

Sekiranya harga terus kekal membuat kenaikan melepasi paras-paras tersebut, harga bakal mencatatkan paras ketinggian terbaru sejak dagangan Mei 2019.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat