USD/JPY Kembali Menunjukkan Kenaikan Menguji Paras Tumpuan Pada 110.000

441

Pergerakan harga bagi pasangan matawang safe-haven USD/JPY mula menunjukkan kenaikan semula setelah siri penurunan harga ditunjukkan beberapa minggu sebelum ini didorong oleh isu perang dagang AS-China.

Harga bergerak agak mendatar beberapa hari ini sebelum kenaikan harga mula ditunjukkan ekoran data ekonomi Amerika Syarikat mencatatkan bacaan yang positif semalam.

Risiko terhadap rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China juga dilihat agak reda dengan ketiadaan laporan yang terbaru.

Dengan itu, USD mengambil peluang untuk sedikit mengukuh berbanding Yen sebelum menutup tirai dagangan pada minggu ini.

Harga pada USD/JPY telah membuat kenaikan dari paras 109.150 sebelum ini dan kini telah berjaya mencapai kenaikan pada zon SBR (support become resistance) pada 110.000.

Dagangan pada sesi Asia hari ini perlahan namun dilihat masih menguji zon SBR tersebut. Harga juga diniagakan lebih tinggi dari paras Magic Pivot 109.717 pada indicator Moshed Magic Line hari ini.

Harga yang berjaya meneruskan kenaikan akan melepasi paras resistance pada 110.098 (MagicR1) sebelum menguji zon SBR seterusnya pada resistance 110.352 (MagicR2).

Lonjakan lebih tinggi harga berpotensi mencapai ke paras sekitar 110.733 (MagicR3) atau sedikit tinggi lagi iaitu pada 110.900.

Namun jika harga kembali membuat penurunan semula, harga dijangka akan turun lebih rendah melepasi paras Magic Pivot hari ini sebelum kembali menguji zon support pada 109.150 sebelum ini.

Lihat gambar chart pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan harian.

Paras support: 109.463, 109.082, 108.828.

Paras resistance: 110.098, 110.352, 110.733.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat