USD/JPY Mendatar Menantikan Perkembangan Terbaru Rundingan Dagang AS-China

268

Dagangan pasangan matawang safe-haven USD/JPY mula bergerak mendatar sejak semalam ekoran pelabur sedang menantikan laporan terbaru berkenaan perkembangan rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China.

Selain rundingan dagang, tumpuan pasaran hari ini terarah kepada data jualan runcit Amerika Syarikat yang akan dikeluarkan pada jam 8.30 malam ini.

Data jualan runcit untuk bulan April dijangka menurun kepada 0.2% berbanding 1.6% pada bulan Mac. Sementara jualan runcit teras dijangka menurun 0.7% berbanding 1.2% pada bulan sebelumnya.

Namun terdapat kenaikan pada harga petrol dan juga purata pendapatan yang meningkat berkemungkinan menjadi faktor menyokong bacaan data yang positif pada malam ini.

Dagangan Yen yang sebelum ini mengukuh dengan mendapat permintaan tinggi dalam suasana pasaran yang berisiko mula menunjukkan pergerakan yang perlahan. Sebarang laporan terbaru yang menambahkan lagi ketegangan perang dagang akan kembali memberi manfaat terhadap dagangan Yen.

Dagangan USD/JPY yang menguji zon support sekitar 109.150 semalam dilihat telah melonjak sehingga ke paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line sebelum pergerakan harga terus mendatar di sekitarnya.

Pergerakan mendatar tersebut terus bersambung sehingga hari ini di mana kelihatan harga berlegar di atas paras Magic Pivot 109.504 sehingga menjelang pembukaan sesi pasaran Eropah.

Jika harga dilihat meneruskan kenaikan, paras SBR (support become resistance) pada 110.000 akan diuji harga sebelum kenaikan seterusnya akan menuju pula ke paras zon SBR 110.300.

Namun jika harga membuat penurunan lebih rendah dari paras Magic Pivot hari ini, harga bakal menguji kembali zon support pada 109.150 sebelum ini.

Penurunan yang berjaya diteruskan berkemungkinan mampu mencecah paras serendah support 108.606 (MagicS3).

Lihat gambar chart pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan harian.

Paras support: 109.234, 108.876, 108.606.

Paras resistance: 109.862, 110.132, 110.490.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat