USD/JPY Mula Pamer Kenaikan Selepas Gagal Lepasi Support 108.800

404

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang USD/JPY mula menunjukkan kenaikan selepas siri penurunan sejak minggu lalu.

Ekoran risiko penularan Coronavirus yang bertambah buruk dan mengancam ekonomi global, matawang safe-haven Yen mendapat manfaat dalam pasaran apabila aset berpulangan rendah lebih menjadi tumpuan para pelabur.

Namun, langkah pencegahan yang giat dijalankan sedikit mengurangkan kebimbangan yang melanda dengan dagangan Yen mula menyusut berbanding sebelum ini.

Harga pada USD/JPY yang menguji support 108.800 mula mempamerkan kenaikan setelah gagal melepasi zon tersebut.

Harga yang bergerak lebih tinggi dari garisan halangan Moving Average 50 (MA50) menguji pula zon SBR (support become resistance) pada sekitar 109.200 bersambung pada dagangan hari ini.

Harga yang bergerak lemah mula menurun semula ke garisan MA50 menantikan perkembangan terbaru sentimen pasaran.

Matawang US dolar juga bakal berisiko menjelang mesyuarat FOMC pada awal Khamis dengan tekanan oleh Presiden AS Donald Trump yang mengulangi gesaan untuk Federal Reserve (Fed) menurunkan kadar faedah.

Harga yang turun lebih rendah dilihat akan menguji semula support 108.800 sebelum menuju zon tumpuan sekitar 108.500.

Sebaliknya jika harga meneruskan kenaikan semalam, paras sekitar 109.700 dilihat bakal menjadi destinasi tumpuan yang lebih tinggi.

Dengan momentum kenaikan lebih kukuh, harga boleh mencapai paras ketinggian di zon resistance 110.200 semula.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat