USD/JPY Pamerkan Penurunan Ketara Pada Penghujung Dagangan 2019

240

Hari terakhir dagangan bagi tahun 2019 menyaksikan kelemahan matawang US dolar dengan didagangkan susut berbanding matawang utama yang lain.

Berbanding matawang safe-haven Yen, jelas dipamerkan penyusutan US dolar apabila pergerakan harga pada carta USD/JPY kekal menurun pada awal minggu ini.

Jika diperhatikan pada carta USD/JPY, harga dilihat gagal melepasi zon resistance pada ketinggian 109.700 yang diuji sejak beberapa minggu lalu.

Namun harga yang gagal melepasi paras lebih tinggi kembali bergerak rendah semula di bawah paras garisan halangan Moving Average 50 (MA50) yang memberi isyarat penurunan harga.

Harga memulakan dagangan pada minggu ini dengan penurunan yang dipamerkan pada sesi Asia semalam melepasi paras RBS (resistance become support) pada 109.200.

Harga yang bergerak mendatar dan menguji zon tersebut kemudiannya kembali meneruskan penurunan ke paras lebih rendah dengan paras terendah harian yang dicatatkan semalam mencecah 108.60.

Dagangan yang diteruskan hari ini menyaksikan harga kekal menyambung penurunan pada awal sesi Asia melepasi paras 108.700.

Penurunan harga dijangka akan menuju zon support sekitar bawah paras 108.500 di mana paras tersebut telah diuji beberapa kali pada awal Disember namun harga gagal menembusinya.

Penurunan lebih rendah akan menuju pula zon support pada dagangan November di paras 108.300.

Sebaliknya jika harga kembali membuat kenaikan semula, pelabur akan memberi tumpuan pada paras-paras penting sebelum ini seperti paras 109.00 dan juga zon SBR (support become resistance) 109.200.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat