USD/JPY Susut Semula Selepas Capai Paras Tertinggi 3 Minggu

360

Sentimen pasaran yang agak bercampur bersambung pada dagangan awal September ini membuatkan pelabur berhati-hati terhadap pergerakan mata wang safe-haven.

US dolar walau bagaimanapun lebih dipengaruhi oleh faktor fundamental yang menjadi tumpuan pelabur selepas acara tahunan perhimpunan Jackson Hole penghujung minggu lalu menerima isyarat dovish oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell berkenaan dasar monetari bank pusat.

Justeru, US dolar dijangka akan terus menyambung penyusutan menjelang laporan pekerjaan NFP penghujung minggu ini walaupun terdapat sedikit pengukuhan oleh US dolar pada penutupan dagangan Ogos.

Selepas laporan pekerjaan sektor swasta semalam memberi petunjuk negatif kepada laporan NFP, US dolar yang menyusut semula telah menekan harga daripada terus mencatatkan kenaikan lebih tinggi.

Sentimen pasaran yang agak suram dilihat sukar memacu mata wang Yen untuk arah lebih jelas. Selain itu, pandangan pasif oleh penggubal dasar bank pusat Jepun dilihat akan menambah tekanan buat Yen.

Pada carta pasangan mata wang safe-haven USD/JPY semalam menyaksikan kenaikan ke paras tertinggi terbaru 3 minggu, namun pengukuhan US dolar yang gagal dikekalkan membuatkan harga kembali susut semula.

Kenaikan harga mencapai paras sekitar 110.400 sebelum harga menjunam 50 pips ke paras sekitar 109.900 dan mendatar di atas paras tersebut sehingga ke penghujung sesi New York.

Pergerakan harga yang dilihat lebih dirancakkan dengan perubahan terhadap nilai US dolar akan memberi tumpuan terhadap laporan data pekerjaan NFP AS untuk bulan Ogos yang menjangkakan penurunan sekiranya bacaan merosot.

Penurunan lebih rendah dijangka menguji paras sokongan sekitar 109.700 sebelum menuju pula ke paras tumpuan 109.300.

Penurunan harga yang diteruskan boleh mencecah sehingga ke zon support 108.700 semula yang menjadi zon penting menyokong kenaikan semula harga ketika dagangan awal Ogos lalu.

Namun jika harga berjaya paparkan lonjakan, paras rintangan pada 110.600 akan menjadi tumpuan untuk harga terus catatkan paras tertinggi terbaru minggu ini.

Berkemungkinan pergerakan harga akan lebih suram sementara pelabur menantikan keputusan laporan pekerjaan NFP pada Jumaat untuk menentukan arah harga selanjutnya.

Lihat gambar carta pasangan mata wang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat