USD Kelihatan Berhati-Hati Menjelang Data Penting KDNK Malam Ini.

758

Awal pagi hari terakhir dagangan minggu ini melihat Kiwi melonjak. Imbangan perdagangan New Zealand mencatatkan surplus sebanyak NZD 922 juta pada Mac 2019 daripada defisit NZD 151 juta dalam bulan yang sama pada tahun sebelumnya dan melebihi jangkaan pasaran untuk surplus hanya NZD 131 juta.

Yen pula meneruskan kelemahannya pada dagangan hari ini selepas data menunjukkan kadar pengangguran di Jepun meningkat kepada 2.5% pada bulan Mac 2019 daripada paras terendah selama lima bulan sebanyak 2.3% pada bulan sebelumnya dan di atas jangkaan pasaran 2.4%.

Dolar AS sebelum ini mengukuh hampir paras tertinggi untuk 2019 menunjukkan sedikit kelemahan pada dagangan hari ini menjelang data KDNK yang akan dikeluarkan pada jam 8:30 malam nanti. Pasaran mengjangkakan akan terdapat penurunan dalam bacaan pertumbuhan KDNK kali ini memandangkan sektor jualan runcit dan imbangan perdagangan Amerika Syarikat merekodkan kejatuhan.

Di tempat lain, Euro masih bergelut untuk mendapat tarikan daripada pelabur ekoran kebimbangan perkembangan ekonomi zon Eropah khususnya di negara Jerman yang kian pudar. Prestasi Euro setakat hari ini berada pada paras terendah dalam tempoh 22 bulan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat