USD Kembali Beri Tekanan, Lonjakan GBP/USD Terbantut

433

Prestasi cemerlang mata wang Eropah pada minggu lalu turut menyaksikan pengukuhan Pound Sterling sejak awal minggu sehingga ke mesyuarat bank pusat England.

Bank of England (BOE) menepati jangkaan untuk meningkatkan kadar faedah memberi isyarat lebih jelas untuk bergerak ke fasa pengetatan polisi.

Harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD telah berjaya catatkan kenaikan mingguan sekitar 240 pips dari bawah zon harga 1.34000 minggu lalu.

Paras tertinggi mingguan dicapai sekitar paras 1.36200 pada Khamis lalu susulan reaksi pasaran terhadap petunjuk positif oleh BOE terhadap dasar monetari mereka.

Namun lonjakan harga tidak mencapai jangkaan pelabur untuk melihat kenaikan lebih tinggi ekoran terdapat ramalan pada awalnya untuk BOE tingkatkan kadar faedah sehingga 50 mata asas berbanding 25 mata asas yang dinaikkan minggu lalu.

Trend kenaikan harga walau bagaimanapun tidak berakhir cemerlang apabila harga mengalami penurunan pada Jumaat lalu yang dipengaruhi oleh reaksi pasaran terhadap terbitan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang menyuntik pengukuhan semula US dolar pada penutup dagangan minggu lalu.

Penurunan harian sekitar 100 pips dipamerkan pada Jumaat dengan harga susut hampir mencecah semula ke paras 1.35000 yang dilihat sebagai zon penting pergerakan harga sebelum ini.

Pelabur juga mula berwaspada terhadap jangkaan awal untuk perubahan trend bearish pada carta GBP/USD selepas harga menjunam semula di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam selepas turun melepasi paras 1.35700.

Bagi pergerakan harga di awal minggu, zon 1.35000 akan diberi tumpuan sama ada mampu memberi sokongan untuk lonjakan harga semula atau sebaliknya harga susut lebih rendah.

Sekiranya kenaikan harga berlaku semula, paras ketinggian dicapai minggu lalu dijangka untuk diatasi untuk meneruskan kenaikan lebih tinggi berkemungkinan menguji paras sekitar 1.36500.

Sebaliknya jika harga jatuh lebih rendah di bawah paras sokongan 1.35000, pelabur mungkin beranggapan harga gagal untuk mengekalkan trend bullish minggu lalu.

Penurunan harga bakal kembali semula menuju paras tumpuan 1.34000 dan zon support 1.33600 yang dicecah pada penghujung Januari.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat