USD Kembali Berundur, Sesi New York Dijangka Lebih Agresif!

517

Dolar Amerika kembali berundur daripada keuntungan yang dicatatkan sebelum ini, menyaksikannya didagangkan susut pada sesi Eropah hari ini.

Walaupun begitu, kebimbangan mengenai krisis perbankan global dilihat masih berlegar dalam pasaran di mana dagangan mata wang safe-haven terus didagangkan lebih kuat.

Pasaran kini mengalihkan tumpuan kepada mesyuarat polisi Bank Pusat Eropah (ECB) yang akan berlangsung malam ini, dengan jangkaan ia akan menaikkan kadar sebanyak 50 mata asas.

Namun, pelabur tetap perlu berhati-hati terhadap sebarang kemungkinan bahawa ECB akan mengejutkan pasaran dengan kenaikan lebih kecil disebabkan krisis semasa yang menimpa bank global.

Pada sesi Eropah, mata wang euro didagangkan sedikit meningkat, namun harga masih gagal memadamkan kesemua kerugian yang dicatatkan pada Rabu.

Mata wang pound pula mencatat kenaikan sederhana tetapi berjaya menghapuskan sebahagian kemerosotannya sebelum ini.

Sementara itu, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding enam mata wang utama diniagakan merosot 0.4% kepada 104.26.

Data tuntutan pengangguran Amerika Syarikat pada sesi New York juga akan dijadikan tumpuan pelabur yang masih mencari petunjuk untuk hala tuju dasar Federal Reserve (Fed).

Yen pula kekal menguat pada sekitar paras ketinggian 4 minggu berbanding US dolar, euro dan pound, dan terkuat 2 bulan berbanding dolar Aussie dan kiwi.

Selain itu, dolar Aussie mendapat sokongan daripada bacaan yang lebih kukuh dalam data pekerjaan Australia, sekali gus membantunya memulihkan sebahagian kerugian terdahulu.

Dolar kiwi pula kekal terperangkap di sekitar paras terendah susulan pertumbuhan ekonomi New Zealand yang menguncup pada suku keempat, mendorong jangkaan pelabur bahawa bank pusat akan mengurangkan pengetatannya.

Berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai pasaran mata wang? Jom sertai komuniti kami. Klik di sini untuk join.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat