USD Kembali Mendaki Menjelang Minit Mesyuarat FOMC!

720

Sentimen pasaran yang kembali berisiko telah memberi peluang kepada raja mata wang US dolar untuk meningkat menjelang penerbitan laporan minit mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis (2.00 pagi waktu Malaysia).

Ketegangan geopolitik yang terbaharu antara China dan Amerika Syarikat menyebabkan pelabur menjauhkan diri daripada aset sensitif risiko, menyaksikan dolar Aussie sedikit susut pada sesi dagangan hari ini.

Media kerajaan China melaporkan pada hari Rabu bahawa Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) telah menjalankan latihan ketenteraan di sekitar Taiwan sebagai amaran serius kepada interaksi AS dan Taiwan baru-baru ini.

Sementara itu dalam laporan berasingan, bandar pelabuhan Tianjin berhampiran Beijing, dilaporkan telah menutup daerah di pusat itu susulan peningkatan jumlah jangkitan Covid-19 yang terbaharu.

Hal ini sekali gus menyukarkan prospek terhadap pemulihan China yang sebelum ini mengumumkan bahawa penutupan di Shanghai akan diangkat sepenuhnya mulai 1 Jun.

Kegoyahan dalam sentimen pasaran ini memberi sokongan buat safe-haven US dolar yang sebelumnya merosot ke paras terendah hampir satu bulan.

Kebangkitan US dolar turut mempengaruhi dagangan euro untuk mengurangkan keuntungan yang diraih daripada kenyataan Bank Pusat Eropah (ECB) terdahulu mengenai kemungkinan kadar faedah akan kembali positif menjelang akhir suku ketiga.

Sementara itu, mata wang pound pula mendatar selepas mencatat kemerosotan berikutan data PMI pembuatan dan perkhidmatan UK yang mengecewakan.

Tumpuan pelabur kini tertumpu kepada penerbitan laporan minit mesyuarat FOMC untuk mendapatkan petunjuk seterusnya mengenai kenaikan kadar faedah selanjutnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat