USD Kembali Menguasai Pasaran, Mata wang Utama Mula Berundur!

301

Dolar Amerika terus mengukuh di tengah-tengah peningkatan hasil bon AS dan kebimbangan terhadap peningkatan berterusan dalam inflasi global yang mendorong permintaan safe-haven untuk US dolar.

Pengukuhan harga USD turut disokong oleh bacaan data ekonomi Amerika Syarikat yang menunjukkan sektor pembuatan meningkat lebih kuat daripada dijangkakan pada bulan Mei.

Hasil perbendaharaan AS 10 tahun terus meningkat selepas para penggubal dasar Federal Reserve (Fed) terus memberi sokongan untuk pengetatan dasar monetari.

Presiden Fed San Fransisco, Mary Daly mengatakan beliau melihat beberapa kenaikan 50 mata asas dan mereka perlu segera untuk mendapakan kadar faedah yang neutral.

Sementara Presiden Fed St Louis, James Bulard memberitahu bahawa masih terlalu awal untuk mengatakan inflasi telah memuncak dan kenaikan kadar setengah mata asas dalam setiap mesyuarat adalah rancangan yang baik buat masa ini.

Mengikuti perkembangan mata wang Eropah, euro gagal mempertahankan pengukuhannya susulan kebangkitan US dolar, dengan memaparkan penyusutan di bawah harga 1.0600.

Dagangan pound juga susut rendah, ditekan oleh USD yang lebih kukuh. Pelabur kekal meletakkan jangkaan untuk Bank Pusat England (BOE) menaikkan kadar faedah sekali lagi sebanyak 25 mata asas kepada 1.00% pada mesyuarat polisi akhir bulan ini.

Sebaliknya, dolar Kanada kekal menguat selepas Bank Pusat Kanada (BOC) meningkatkan kadar kepada 1.50% pada Rabu, dengan turut memberi isyarat untuk bertindak lebih agresif dalam usaha mencapai sasaran inflasi 2%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat