USD Kembali Susut Selepas Pamer Pemulihan, Apa Dah Jadi?

339

US dolar yang memaparkan sedikit pemulihan berbanding yen selepas keputusan mengejutkan Federal Reserve AS (Fed) telah membenam matawang itu ke paras terendah lapan minggu, kembali didagangkan menyusut pada sesi Asia.

Kemenangan bekas Naib Presiden AS, Joe Biden dalam kempen pencalonan Demokrat dan kelulusan Kongres terhadap pakej rangsangan coronavirus bernilai $8.3 bilion sedikit sebanyak telah mengangkat sentimen pasaran ekuiti pada sesi New York.

Data ADP yang diterbitkan malam tadi pula menunjukkan sektor swasta di Amerika Syarikat telah menambah 291,000 pekerjaan pada bulan Januari, iaitu jauh lebih baik daripada bacaan terdahulu dan jangkaan pasaran.

Selain itu, pertumbuhan paling kukuh dalam tempoh 5 bulan telah dicatatkan dalam sektor perkhidmatan di AS, di mana bacaan data PMI bukan pembuatan ISM telah meningkat kepada 55.5 iaitu melebihi unjuran pasaran dan bacaan pada bulan sebelumnya.

Bacaan data AS yang kukuh ini telah menyokong USD untuk meningkat 0.3% lebih tinggi berbanding euro.

Namun, dengan penanda aras hasil perbendaharaan 10 tahun AS yang lemah dan jangkaan satu lagi pemotongan kadar faedah oleh Fed pada Julai, menyebabkan USD gagal menyinar pada sesi Asia.

Sementara itu, Bank of Canada juga menyusul keputusan Fed untuk memotong kadar faedahnya sebanyak 50 mata asas kepada 1.25% sebagai menyokong ekonomi Kanada dalam menghadapi penularan wabak coronavirus.

Matawang pound mencatat peningkatan ke paras ketinggian 2 minggu berbanding euro selepas bakal Gabenor Bank of England (BoE) iaitu Andrew Bailey memberi petunjuk mengenai kesediaan bank pusat untuk mengambil tindakan bagi menangani impak COVID-19.

Pasaran kini memberi perhatian kepada ucapan daripada Gabenor BoE, Mark Carney yang dijadualkan akan berucap pada jam 1 pagi waktu Malaysia.

Di sisi lain, dolar Aussie meningkat berbanding USD berikutan data imbangan perdagangan Australia yang lebih baik daripada jangkaan pasaran.

Kiwi juga memaparkan peningkatan berbanding USD walaupun jangkaan Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) untuk menurunkan kadar faedah semakin meningkat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat