USD Kembali Terpacak! Apa Kes Ni?

1,405

Dolar Amerika kembali meraih sokongan pada awal perdagangan sesi Eropah, mendorong kebanyakan matawang utama, khususnya euro untuk susut lebih rendah.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding pesaing utamanya, meningkat lebih tinggi pada 91.10 selepas melalui perdagangan yang menyuramkan ketika sesi Asia.

Pengukuhan semula USD membuatkan matawang euro jatuh rendah menghampiri paras sokongan harga 1.20000, dan gagal memberi reaksi terhadap data PMI pembuatan Eropah bagi bulan Februari yang memaparkan bacaan lebih baik daripada anggaran awal sebelum ini.

Sementara itu, matawang pound juga kembali susut ketika pasaran mengharapkan sokongan daripada Menteri Kewangan UK Rishi Sunak yang dilaporkan akan memberi bantuan tambahan sebanyak 5 bilion pound kepada perniagaan yang terkesan.

Bagaimanapun, pada masa yang sama, rakyat UK turut berdepan dengan ancaman untuk kenaikan cukai bagi menampung kewangan kerajaan yang selama ini bergelut dengan pandemik.

Selain itu, matawang komoditi, dolar Aussie, kiwi dan loonie turut berundur daripada peningkatan yang dicatatkan pada awal

sesi Asia.

Reserve Bank of Australia (RBA) sekali lagi campur tangan dalam pasaran dengan mengumumkan penggandaan pembelian bon harian bagi memastikan hasil jangka panjang kekal di tahap sasaran bank pusat.

Mesyuarat polisi RBA pada sesi Asia esok, akan menjadi tumpuan utama pasaran yang dijangka akan mengekalkan kadar faedah di paras terendah 0.10%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat