USD Kuat, Tapi Mengapa Pound Juga Melonjak?

820

Pound sterling melonjak tinggi walaupun dengan US dolar turut mempertahankan pengukuhannya berbanding kebanyakan matawang utama pada pembukaan sesi Eropah.

Pasangan matawang GBP/USD mencatat lonjakan sekitar 80 pips untuk membawanya kembali diperdagangkan di atas paras harga 1.38000.

Matawang pound sebelum ini susut rendah berbanding euro dan greenback pada pertengahan hingga akhir Mac disebabkan kebimbangan bahawa perlambatan bekalan vaksin ke UK akan menghalang usaha vaksinasi negara itu dan menjejaskan rancangan untuk keluar dari lockdown.

Bagaimanapun, dengan ketegangan antara Kesatuan Eropah (EU) dan UK yang semakin mereda dan berpakat untuk menjalinkan kerjasama yang akan membawa situasi menang-menang, optimisme pasaran untuk melihat program vaksinasi di UK berjalan lancar meningkat.

Setiausaha Perumahan Robert Jenrick memberitahu Sky News bahawa UK akan terus memimpin negara-negara lain dalam melancarkan vaksin dan kerajaan kini sedang berusaha memenuhi sasarannya untuk menawarkan dos pertama kepada sembilan kumpulan keutamaan menjelang 15 April dan semua orang dewasa UK pada akhir Julai.

Pada hari Sabtu, lebih 30 juta rakyat Britain telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin dan negara itu sekarang telah membenarkan perhimpunan yang lebih besar dengan pergerakan berhati-hati, sementara kes harian pula terus menunjukkan penurunan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat