USD Kukuh Jinakkan Semula EUR/USD Ke Paras $1.1000

131

Pergerakan pasaran pada pembukaan awal minggu semalam agak bercampur ketika pelabur masih lagi menghadam data-data ekonomi penting yang telah diterbitkan, namun US dolar berjaya memaparkan pengukuhan di sesi New York.

Pengukuan US dolar dilihat masih menerima tempias positif daripada laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang memberangsangkan diterbitkan pada Jumaat lalu.

Situasi ini dilihat kembali membuka ruang untuk Federal Reserve (Fed) meneruskan pengetatan dasar, namun Pengerusi Jerome Powell seolah memberi gambaran pada mesyuarat FOMC minggu lalu bahawa kenaikan kadar faedah bakal dihentikan.

Jawapan mungkin akan lebih jelas setelah pasaran meneliti data inflasi AS yang akan diterbitkan minggu ini.

Meneliti carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga yang menunjukkan peningkatan pada di sesi Asia semalam mencapai 1.10500 sebelum mendatar di sesi Eropah di sekitar tersebut.

Kemudian corak penurunan harga dipaparkan semula pada sesi New York dengan harga dilihat kembali semula ke paras jangkaan 1.10000.

Penurunan yang turut melepasi paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD juga memberi isyarat untuk harga menyambung pergerakan bearish sebelum ini.

Jika harga meneruskan penurunan di bawah paras 1.10000 hari ini (Selasa), zon sokongan pada 1.09000 dilihat akan menjadi tumpuan untuk dituju selain harga juga akan cuba mengatasi paras terendah dicecah minggu lalu.

Jika penurunan lebih rendah masih berjaya diteruskan lagi, sasaran harga boleh mencecah ke paras sekitar 1.08000.

Namun jika harga berjaya bertahan dari jatuh dan melantun semula dari paras 1.10000, kenaikan boleh dijangkakan menuju semula zon rintangan pada 1.10800 yang telah diuji harga untuk 2 minggu berturut-turut sebelum ini.

Jika kenaikan diteruskan mengatasi rintangan berikut, paras ketinggian terbaru 14 bulan bakal dicatatkan dengan sasaran seterusnya harga adalah pada 1.12000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat