USD Kukuh Menjelang Data CPI AS!

500

Memulakan dagangan di awal minggu dengan cemerlang, US dolar berjaya paparkan pengukuhan semalam selepas menutup dagangan penghujung minggu lalu dengan agak suram.

Pelabur kini berwaspada menantikan terbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS) untuk bulan Januari yang bakal memberi impak terhadap pergerakan US dolar di sesi New York malam nanti.

Data ini menjadi indikator penting kepada Federal Reserve (Fed) dalam menetapkan hala tuju dasar monetari mereka.

Fed kini dilihat dalam situasi yang tidak tergesa-gesa untuk melaksanakan pemotongan kadar faedah selepas beberapa siri data ekonomi AS yang diterbitkan sebelum ini menggambarkan ekonomi masih berdaya tahan.

Namun, situasi boleh berubah sekiranya terdapat perbezaan yang besar pada angka data yang diterbitkan malam nanti.

Pemulihan perlahan mata wang utama dalam pasaran minggu lalu semakin terhad pada dagangan Isnin semalam selepas US dolar berjaya paparkan pengukuhan.

Berbanding US dolar, Euro gagal untuk melepasi para harga $1.0800 sementara untuk Pound pula terbantut di bawah paras $1.26500.

Pound dilihat antara mata wang berisiko didagangkan pada minggu ini berikutan pelabur akan berdepan dengan beberapa data penting termasuk data pekerjaan UK, data inflasi, data pertumbuhan ekonomi, jualan runcit serta tumpuan juga akan terarah kepada ucapan oleh gabenor Andrew Bailey di London.

Perkembangan pasaran komoditi, harga minyak mentah Brent dan WTI dilihat stabil mendatar pada awal minggu ini selepas kenaikan positif harga dipaparkan sepanjang minggu lalu.

Namun, suram buat dagangan emas apabila pelabur terpaksa menyaksikan kejatuhan nilai yang lebih parah semalam berbanding minggu lalu dengan paras terendah terbaru harga dicecah sekitar $2,012.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat