USD Kukuh Selepas FOMC, EUR/USD Sambung Menjunam

436

Tepati jangkaan, US dolar mengukuh susulan reaksi pasaran terhadap mesyuarat FOMC pada awal pagi ini dengan keputusan bernada hawkish oleh Federal Reserve (Fed).

Fed bersetuju untuk mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada mesyuarat kali ini, namun menyatakan bahawa bank pusat akan meningkatkan kadar faedah dalam masa terdekat.

Justeru, kebanyakan mata wang utama lain dalam pasaran kembali menerima tekanan oleh pengukuhan US dolar yang tercetus semula.

Pada carta harga utama pasangan mata wang EUR/USD, corak penurunan harga lebih jelas diteruskan selepas mesyuarat FOMC ke zon jangkaan iaitu sekitar 1.12400.

Menyambung dagangan pada awal sesi Asia pagi ini (Khamis), harga masih memperlihatkan penurunan harga walaupun pada kadar yang perlahan.

Penurunan lebih rendah dijangkakan untuk menguji zon support utama pada tahun 2021 iaitu pada 1.12000.

Adakah penurunan harga yang berlanjutan mampu untuk tembusi zon tersebut sekaligus mencatatkan paras terendah terbaru?

Pergerakan harga dijangka akan terus bergerak pada trend bearish sehinggalah kenaikan harga yang boleh terjadi berjaya melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD.

Kenaikan lebih tinggi kemudiaannya dijangka akan menguji semula rintangan 1.14000 pada zon SBR (support become resistance) tersebut.

Pelabur seterusnya akan memberi tumpuan pada terbitan data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) pada sesi New York malam ini pula yang akan turut menjadi tumpuan bank pusat.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat