USD Kumpul Kekuatan Untuk Naik Semula!

376

US dolar berjaya mengekalkan kedudukannya dengan indeks dolar mula mengorak langkah lebih tinggi pada pembukaan sesi Eropah.

Berbanding kebanyakan mata wang utama, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback diperdagangkan stabil pada 101.53.

Pun begitu, tiada faktor jelas yang menggerakkan raja mata wang itu di mana pelabur masih menantikan penerbitan data inflasi Amerika Syarikat pada hari Rabu.

Sementara itu, data yang diterbitkan pada sesi Asia menunjukkan import China menguncup mendadak pada bulan April berbanding tahun sebelumnya manakala eksport berkembang lebih perlahan.

Walaupun ia hanya memberi sedikit impak ke atas mata wang, tetapi dolar Aussie mula berundur dari paras tertinggi 4 minggu selain turut terkesan oleh data jualan runcit Australia yang menguncup pada suku pertama.

Dolar New Zealand juga sedikit susut, tetapi masih mengekalkan keuntungannya di paras tertinggi 5 minggu berbanding dolar greenback.

Selain itu, mata wang euro kekal didagangkan lebih rendah susulan kebangkitan yang dicatatkan oleh US dolar sejak sesi New York hari Isnin.

Kenyataan penggubal dasar Bank Pusat Eropah (ECB), Martins Kazaks bahawa kadar faedah mungkin tidak akan terhenti pada Julai, gagal memberi kekuatan buat mata wang euro.

Pound pula terus bertahan di sekitar paras tertinggi satu tahun walaupun harga dilihat mencatatkan penyusutan pada awal dagangan sesi Eropah.

Di samping itu, dolar Kanada kekal menguat di paras tertinggi 3 minggu meskipun sedikit susut berbanding US dolar.

Keseluruhannya, pasaran mata wang kekal bergerak perlahan di tengah-tengah ketiadaan pemangkin utama menjelang data inflasi AS pada hari esok.

Jom intai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat