USD Lemah Selepas Data Inflasi AS, Tapi Kenapa EUR/USD Gagal Melonjak?

788

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD bakal meneruskan kenaikan? Sabar dulu, baca huraian ini.

Semalam diterbitkan pada sesi New York data inflasi AS yang menunjukkan angka bacaan yang menurun walaupun tidak mencapai jangkaan penurunan. Seperti yang telah dijangkakan, kadar inflasi yang susut mendorong nilai US dolar turut menurun.

Selain itu, peningkatan pasaran saham global serta penurunan pada hasil perbendaharaan 10 tahun AS menambahkan lagi tekanan terhadap US dolar.

Namun, faktor tersebut belum cukup untuk menyokong sepenuhnya kenaikan harga pada carta EUR/USD.

Ini adalah disebabkan mata wang Euro juga turut melemah susulan keputusan mesyuarat dasar monetari European Central Bank (ECB) semalam.

Berdasarkan kenyataan susulan mesyuarat, ECB dilihat akan terus mengekalkan dasar yang longgar untuk menyokong ekonomi dan ini akan memberi kesan penyusutan nilai terhadap mata wang Euro.

Oleh itu, pelabur gagal menyaksikan lonjakan bertenaga pada carta EUR/USD semalam sebaliknya bergerak mendatar berikutan jangkaan prestasi merosot bagi kedua-dua mata wang tersebut.

Harga pada carta EUR/USD dilihat turun menguji paras 1.21500 sebelum melonjak semula ke paras 1.21900 pada sesi New York. Harga kembali perlahan menutup dagangan di bawah paras 1.21800 pada zon tumpuan.

Menyambung dagangan pada sesi Asia pagi Jumaat, kenaikan harga dilihat namun pergerakan masih perlahan di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga yang memberi isyarat awal untuk kenaikan lebih tinggi.

Kenaikan harga bakal menguji semula zon rintangan pada 1.22500 yang masih gagal ditembusi selepas diuji pada 2 minggu lalu berturut-turut.

Melepasi zon tersebut dijangka untuk harga menguji pula paras ketinggian pada 1.2300 sekaligus mencatatkan paras tertinggi terbaru 5 bulan.

Sebaliknya jika harga membuat penurunan di bawah zon 1.21800-1.21500, zon support pada 1.20900-1.20600 akan menjadi tumpuan harga seterusnya.

Dan untuk penurunan lebih rendah, pelabur akan menilai reaksi harga selepas harga mencecah ke paras 1.20000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat