USD Lemah Semula, EUR/USD Kekalkan Trend Bullish

437

US dolar kembali bergerak lemah semula menuju penghujung minggu selepas momentum pengukuhan yang dipaparkan pada Khamis gagal dikekalkan.

Perhatian pelabur terhadap perbincangan untuk Federal Reserve (Fed) mengurangkan pembelian bon (tapering) mula pudar semula.

Sementara itu, pelabur berwaspada menjelang data-data ekonomi sektor pembuatan dan perkhidmatan di Eropah dan Amerika Syarikat (AS) pada hari ini (Jumaat).

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga yang dilihat susut ke zon RBS (resistance become support) 1.21800-1.21500 kembali meningkat semula.

Seperti dijangka penganalisis, zon tersebut telah menyokong kenaikan semula untuk harga meneruskan pergerakan dalam trend bullish.

Selepas melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga, kenaikan diteruskan bersambung pada sesi Asia pagi ini menuju semula zon rintangan 1.22500 yang diuji pada Rabu lalu.

Jangkaan kenaikan lebih tinggi harga yang diteruskan akan menuju ke paras tumpuan 1.23000 untuk terus mencatatkan paras tertinggi terbaru 4 bulan.

Namun jika situasi penurunan harga berlaku, harga bakal kembali menguji semula zon RBS 1.21800-1.21500 dan menilai semula reaksi harga pada zon tersebut.

Penurunan lebih rendah di bawah zon tersebut akan mendorong harga menuju ke zon RBS tumpuan sebelum ini pada 1.20900-1.20600.

Data PMI pembuatan dan perkhidmatan di Eropah dan AS akan menjadi tumpuan pelabur dan bakal mempengaruhi pergerakan mata wang Euro dan US dolar sebelum dagangan minggu ini berakhir.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat