USD Lemah Tak Bermaya, Mata wang Utama Dominasi Pasaran!

505

Kebimbangan yang mereda terhadap krisis perbankan global terus mendukung mata wang berisiko untuk meningkat pada sesi Eropah.

Sementara itu, dagangan safe-haven pula merosot lebih rendah, di mana yen kembali mencatat kerugian susulan lonjakan yang dicatatkan pada sesi Asia.

US dolar yang dianggap safe-haven juga merosot, dengan indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback didagangkan susut sekitar harga 102.55.

Turut melemahkan raja mata wang itu adalah jangkaan bahawa kitaran pengetatan Federal Reserve (Fed) mungkin sudah hampir ke penghujungnya.

Ekoran daripada sentimen yang positif, mata wang sensitif risiko dolar Aussie dan New Zealand terus melonjak lebih tinggi berbanding US dolar.

Mata wang Eropah juga masih mempertahankan momentum pengukuhan, menyaksikan euro mendaki ke paras harga 1.0820 berbanding greenback.

Euro tampaknya tidak terkesan dengan amaran Pengerusi Pihak Berkuasa Perbankan Eropah (EBA) bahawa risiko dalam sistem kewangan masih sangat tinggi dan kenaikan kadar akan terus membebankan pasaran itu.

Dalam pada itu, dagangan pound pula tidak jauh dari paras ketinggian 7 minggu, selepas mencatatkan kenaikan berterusan di tengah-tengah kelemahan US dolar.

Gabenor Bank of England (BOE) Andrew Bailey akan memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Pilihan Perbendaharaan UK mengenai keruntuhan bank Silicon Valley dan penyelamatan Silicon Valley Bank UK pada hari ini.

Menuju sesi New York, pasaran mungkin boleh memberi tumpuan kepada terbitan data keyakinan pengguna Amerika Syarikat.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat