USD Masih Lemah, Pelabur Nantikan Faktor Lebih Besar

467

Pasaran sesi Eropah masih memperlihatkan dagangan US dolar bergerak perlahan pada sekitar paras terendah mingguan ketika pelabur kekal berhati-hati menjelang mesyuarat polisi FOMC.

Berbanding kebanyakan mata wang utama, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback diniagakan sedikit merosot pada 106.50.

Sesi pasaran Eropah dihiasi oleh penerbitan data tinjauan Ifo yang memperlihatkan penurunan dalam keyakinan perniagaan di Jerman pada bulan Julai ke paras terendah lebih dua tahun.

Penurunan ini berlaku susulan harga tenaga yang tinggi dan kekurangan bekalan gas mendorong ekonomi terbesar Eropah itu ke ambang kemelesetan.

Walaupun bagaimanapun, kelemahan US dolar memberi kekuatan kepada mata wang euro untuk mengekalkan keuntungannya dan mengenepikan bacaan data yang mengecewakan itu.

Selain itu, dagangan pound turut meningkat dengan diniagakan stabil pada sekitar harga 1.2000 berbanding US dolar di tengah-tengah jangkaan kenaikan kadar faedah 50 mata asas oleh Bank of England (BOE).

Mata wang yen juga mengekalkan keuntungan daripada kejatuhan hasil bon AS 10 tahun pada minggu lalu, memperlihatkannya didagangkan stabil pada sekitar harga 136.00 berbanding USD.

Dolar Aussie dan New Zealand juga diperdagangkan positif ketika Australia dan China mula menunjukkan tanda-tanda untuk berbaik dengan kedua-duanya kelihatan bersedia untuk mengangkat semula sekatan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat